+603 2161 5948    wecare@reefcheck.org.my
 

kosmo-logo

Berapa buah pulau alami suhu permukaan laut antara 30 dan 32 darjah celsius.

PUTRAJAYA – Terumbu karang di Taman Laut Pulau Payar, Kedah; Pulau Redang, Terengganu; Taman Laut Pulau Tioman, Pahang dan Taman Laut Pulau Aur, Johor sedang mengalami ancaman tekanan haba.

Selain itu, beberapa kawasan menyelam di Taman Laut Pulau Tioman pula menunjukkan tanda-tanda awal mengalami pelunturan.

Perkara tersebut diketahui melalui kaji selidik Jawatankuasa Respons Pelunturan terumbu karang sejak Mac tahun ini untuk memantau keadaan di negara ini dan mengesan permulaan berlakunya pelunturan.

Menurut kenyataan Jabatan Taman Laut Malaysia, data semasa menunjukkan terumbu karang di Taman Laut Pulau Payar, Pulau Redang, Taman Laut Pulau Tioman dan Taman Laut Pulau Aur mengalami stres haba dengan suhu permukaan laut antara 30 dan 32 darjah celsius.

Katanya, pelan tindakan untuk memberi respons terhadap keadaan itu sudah disediakan.

“Jawatankuasa berkenaan akan memberi maklumat lanjut apabila ia didapati dan menyebarkannya untuk memastikan semua pemegang kepentingan mendapat maklumat sepenuhnya tentang perubahan yang berlaku,” katanya.

Kenyataan itu memberitahu, ia membuat pemantauan itu berdasarkan laporan Program Pemerhatian Batu Karang Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) Amerika yang mengeluarkan awasan Bleaching Watch bagi Taman Laut Pulau Redang pada 17 April tahun ini.

Katanya, pemberitahuan itu menyatakan, suhu permukaan laut di sekitar Malaysia melebihi paras biasa 28 hingga 29 darjah celsius dan pelunturan karang mungkin berlaku sekiranya keadaan tidak kembali seperti sediakala dalam masa beberapa minggu.

kosmo

TERUMBU karang di beberapa buah pulau di negara ini yang mengalami stres haba memberi ancaman besar kepada hidupan laut itu - Gabar hiasan

 

“Pelunturan batu karang menjadi ancaman besar terhadap kesihatan terumbu karang dan perlu diberi perhatian serius kerana kesannya terhadap biodiversiti marin, perikanan terumbu karang dan pelancongan di Malaysia,” ujarnya.

Pelunturan merupakan respons semula jadi batu karang terhadap stres yang dialaminya.

Pelunturan batu karang secara besar-besaran di Malaysia direkodkan berlaku pada 2010 hingga memaksa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, malalui Jabatan Taman Laut Negara Malaysia, mengambil keputusan menutup 12 daripada 83 kawasan menyelam di perairan taman laut untuk mengurangkan tekanan yang berpunca daripada manusia terhadap terumbu karang dan untuk mebolehkan ia pulih secara semula jadi.

“Terumbu karang kita mengalami antara 5 dan 10 peratus kerosakan apabila berlaku pelunturan.

“Terumbu karang di perairan kita telah mula pulih kepada keadaan kesihatan asal sebelum berlakunya pelunturan pada tahun 2010 melalui pelbagai usaha pemuliharaan yang dilakukan agensi kerajaan, masyarakat tempatan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan badan korporat,” katanya.

Kaji selidik Reef Check Malaysia pada tahun 2013 menunjukkan liputan batu karang hidup di perairan Malaysia ialah sebanyak 48.33 peratus, manakala pada 2009, jumlahnya ialah 49.96 peratus. - Bernama  

Source: KOSMO! 

reefcheck-logo-75

Reef Check Malaysia (RCM) is a non-profit organisation that was registered in 2007 to engage with the local community to raise awareness for the importance of, and threats to, coral reefs.

Newsletter

Subscribe to our quarterly newsletter.

captcha  

Contact Us

Reef Check Malaysia
Suite 5.19-5.22, Box 606, Wisma Central, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

+603 2161 5948